PENGHARGAAN KEPADA PENSYARAH PEMBIMBING:
DR. ROBIAH BINTI MOHAMAD
ENCIK BONG KOI SIN
PUAN AZIZAH BINTI ABD.SAMAD
PUAN JAIMAH BINTI ABDUL MANAF
JABATAN BAHASA MELAYU IPG MELAKA
KERJASAMA OLEH:
NURUL SHUHADA BINTI ABU HASAN
JALILAH BINTI JAMALUDDIN
SARA SYAZANA BINTI SHAMSUDIN


Lila ialah seorang anak yatim piatu. Dia tinggal di rumah anak yatim. Kehidupan dan suasana di rumah anak yatim itu sangat menyenangkan Lila. Bersama rakan-rakan yang senasib dengannya, hari- hari Lila dipenuhi gelak dan tawa.
Lila suka menyanyi dan bermain buaian. Di rumah anak yatim itu, ada sebuah taman yang sangat cantik. Di situ Lila sering menghabiskan masa bermain dan menyanyi.

Lila juga mempunyai seorang rakan baik yang bernama Adlina. Adlina sentiasa menemani Lila. Mereka selalu bermain bersama-sama di taman pada waktu petang.


Mari kita bermain...




Taman itu penuh dengan pelbagai jenis flora dan fauna. Burung- burung juga sering hinggap dan terbang dengan bebas di taman itu.
Lila membela dua ekor arnab yang berwarna putih di taman itu. Arnab- arnab itu kelihatan gembira setiap kali bermain dengan Lila.









Pada suatu hari, ada sepasang suami isteri yang tidak mempunyai anak datang ke rumah anak yatim Lila untuk mengambil anak angkat.
Ketika melihat Lila, mereka suka padanya kerana Lila seorang budak yang baik. Hati mereka tersentuh melihat Lila yang rajin dan sangat menghormati orang tua.
Mereka membuat keputusan untuk mengambil Lila sebagai anak angkat mereka.
Walaupun Lila berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan rakan- rakannya, Lila yakin dia akan bahagia bersama keluarga baharunya.

Seumur hidupnya, Lila tidak pernah mendapat kasih sayang daripada seorang ibu dan bapa kerana ibu bapanya telah meninggal dunia ketika Lila masih kecil.
Lila berasa sangat gembira dan teruja untuk tinggal di rumah baharu bersama keluarga angkatnya. Selepas menempuh perjalanan yang jauh, akhirnya Lila sampai di sebuah rumah di pinggir kebun.
Rumah itu sederhana besar dan cukup untuk memuatkan mereka bertiga. Lila juga diberikan sebuah bilik. Dia sangat gembira kerana sebelum ini dia tidak pernah mempunyai bilik sendiri. Sejak kecil, Lila berkongsi bilik bersama enam rakan anak yatim yang lain.


Pada petang itu, ibu Lila menyediakan masakan yang sangat istimewa untuk Lila. Lila sangat bahagia kerana dapat merasakan nikmat hidup bersama keluarga dan mempunyai ibu dan bapa.

Selesai makan malam, Lila menolong ibunya mengemas meja dan membasuh pinggan.
Pada malam itu juga, Lila dapat tidur dengan nyenyak kerana terlalu gembira.

Pada keesokan paginya, ibu bapa Lila memanggil Lila ke ruang tamu untuk memberitahu satu perkara yang penting. Lila menangis kegembiraan apabila ibu dan bapanya ingin menghantar Lila ke sekolah. Lila sangat berterima kasih kepada ibu dan bapanya kerana dia bercita-cita ingin ke sekolah dan belajar bersama rakan-rakan yang lain.

Pada pagi itu, Lila bangun awal dengan bersemangat untuk ke sekolah. Lila ditemani oleh bapanya. Pada hari pertama persekolahan, Lila berasa sangat gementar kerana ini merupakan pengalaman pertamanya. Lila dimasukkan ke kelas Satu Intan.
Lila mendapat ramai kawan baharu. Dia berkenalan juga dengan rakan kelasnya yang bernama Sarah. Mereka berdua sangat akrab. Mereka sentiasa makan tengah hari dan belajar bersama. Akhirnya, mereka menjadi kawan baik.

Lila seorang yang sangat pandai dan rajin belajar. Lila sering membantu Sarah belajar dalam mata pelajaran yang Sarah kurang kuasai.
Sikap Lila yang sentiasa rajin belajar dengan bersungguh- bersungguh melayakkan Lila mendapat markah tertinggi di dalam kelasnya. Lila sangat gembira dengan kehidupan baharunya.

Setiap hari selepas pulang dari sekolah, Lila akan menolong ibu dan bapanya di kebun. Lila rajin membantu mereka menyiram dan mengutip sayur- sayuran untuk dimasak.
Lila juga suka mengikut bapanya ke sungai untuk menangkap ikan.
Walaupun mereka hidup dalam keadaan sederhana, kehidupan mereka sekeluarga sangat bahagia.

Sehinggalah pada suatu hari, bapa Lila jatuh sakit. Lila berasa sangat sedih kerana dia sangat sayangkan bapanya. Lila menjaga bapanya siang dan malam dengan penuh kasih sayang.
Lila terlalu fokus menjaga bapanya sehingga pelajarannya terabai. Mujurlah sahabatnya Sarah, banyak membantu Lila dalam kerja sekolah. Sarah akan datang ke rumah Lila selepas waktu persekolahan dan membawa kerja sekolah untuk Lila.
Insan Berintegriti
Kawan
Jujurlah pada diri
Hadapi cabaran dengan berani
Untuk menggapai kejayaan
Usahlah mengambil jalan mudah
Kawan
Ayuh kita bertekad
Usaha berganda menjadi dugaan
Jika gagal itulah ujian
Untuk mencapai impian.
Kawan
Ayuh teruskan usahamu
Janganlah lagi membuang masa
Terapkan diri dengan disiplin
Jadilah insan berintegriti tinggi.

- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors
PENGHARGAAN KEPADA PENSYARAH PEMBIMBING:
DR. ROBIAH BINTI MOHAMAD
ENCIK BONG KOI SIN
PUAN AZIZAH BINTI ABD.SAMAD
PUAN JAIMAH BINTI ABDUL MANAF
JABATAN BAHASA MELAYU IPG MELAKA
KERJASAMA OLEH:
NURUL SHUHADA BINTI ABU HASAN
JALILAH BINTI JAMALUDDIN
SARA SYAZANA BINTI SHAMSUDIN


Lila ialah seorang anak yatim piatu. Dia tinggal di rumah anak yatim. Kehidupan dan suasana di rumah anak yatim itu sangat menyenangkan Lila. Bersama rakan-rakan yang senasib dengannya, hari- hari Lila dipenuhi gelak dan tawa.
Lila suka menyanyi dan bermain buaian. Di rumah anak yatim itu, ada sebuah taman yang sangat cantik. Di situ Lila sering menghabiskan masa bermain dan menyanyi.

Lila juga mempunyai seorang rakan baik yang bernama Adlina. Adlina sentiasa menemani Lila. Mereka selalu bermain bersama-sama di taman pada waktu petang.


Mari kita bermain...



- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE(56)
-
COMMENT(3)
-
SHARE
-
SAVE
-
BUY THIS BOOK
(from $5.39+) -
BUY THIS BOOK
(from $5.39+) - DOWNLOAD
- LIKE (56)
- COMMENT (3)
- SHARE
- SAVE
- Report
-
BUY
-
LIKE(56)
-
COMMENT(3)
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem
COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!