KEMBANG MELUR
DISEDIAKAN OLEH : NURUL AIN KHAIRI

Pada zaman dahulu ada sepasang suami isteri yang tinggal disebuah kampung yang sangat harmoni . Si suami bernama Pak Jaka dan Si Isteri bernama Mak Labu. Kehidupan kedua suami isteri ini sangat bahagia selama 15 tahun meskipun mereka belum dikurniakan cahaya mata. Langit tidak selalu cerah, pada suatu hari Pak Jaka telah meluahkan hasrat dihatinya dengan isterinya. “Labu, aku berhajat hendak beristeri seorang lagi kerana berkehendakkan anak, walaupun sudah lama engkau menjadi isteri aku tetapi engkau tidak dapat melahirkan anak.” “Kalau bergitu niat abang, saya relalah abang berkahwin lain walaupun berat rasa hati ini,” beritahu Mak Labu terus terang. “Terima kasih atas keizinan engkau itu Labu.
Abang janji abang akan bersifat sama adil dan tidak akan pernah melukakan hatimu Labu,” janji pak Ali. Mak Labu pergi meninggalkan Pak Jaka sambal menitiskan air mata bagai kaca terhempas ke batu.
Akhirnya setelah dua minggu berlalu Pak Jaka pun membawa pulang isteri baharunya. Isteri barunya itu bernama Mak Kundur. Usianya seakan-akan sebaya dengan Mak Labu . Pak Jaka memutuskan kedua-dua isterinya tinggal sebumbung. Tepat seperti dijanjikan, Pak Jaka melayan isteri-isterinya itu seadil-adilnya. Namun begitu Mak Labu sentiasa ingat ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencocok, duri yang akan mengait dalam hidup bermadu.
Sesungguhnya rezeki Allah itu luas. Setelah setahun hidup bermadu, dengan tidak disangka-sangka Mak Labu yang disangka mandul itu mengandung empat bulan dan isteri mudanya mengandung tiga bulan. Pak Jaka melakukan sujud syukur, “Syukur kepada Allah kerana tidak lama lagi aku akan mendapat dua orang anak sekaligus,” fikirnya dalam hati. Apabila sampai masanya, kedua-dua orang isterinya itu pun melahirkan anak. Kedua-duanya anak perempuan belaka. Anak Mak Labu diberi nama Melur dan anak Mak Kundur bernama Mawar.
Nama-nama itu diambil sempena dengan tanaman bunga Pak Jaka yang sangat subur pada masa itu iaitu bunga melur dan bunga mawar. Kedua- dua anak perempuan Pak Jaka sangat cantik, namun begitu tanpa diduga nama- nama itu akan membawa sifat kepada anak- anaknya. Masa terus berlalu. Kini umur kedua-dua anaknya telah mencapai dua belas tahun. Rupa kedua-dua gadis itu bertambah cantik. Memang sukar anak-anak gadis di kampung itu hendak mengatasi kecantikkan Melur dan Mawar.
Tentang perangai pula, didapati Mawar lebih nakal dan mudah iri hati. Disuruhnya Melur memasak nasi dan membuat kerja itu dan ini. Kalau di hadapan Pak Jaka, Mawar pandai pula bermuka-muka umpama di yang membuat semua kerja rumah. Pada suatu hari Pak Jaka pergi ke hutan bersama Melur untuk menjerat ayam hutan. Malang tidak berbau, nasib Pak Jaka kurang baik kerana entah bagaimana Pak Jaka dipatuk ular Tedung Sela. Pak Jaka memanggil anaknya Melur membantunya kerana tidak tahan menanggung kesakitan akibat dipatuk ular itu. Dengan perasaan yang cemas, Melur memapah bapanya pulang ke rumah.
Apabila sampai di rumah, kedua-dua isterinya terperanjat melihatkan Pak Jaka pulang dalam meraung kesakitan. Mak Labu pergi menjemput Pawang Keramat iaitu seorang pawang yang terkenal di kampung itu. Pawang Keramat pun mengubat Pak Jaka secara perubatan tradisional. Sayang seribu kali sayang, Allah lebih menyanyangginya, ajalnya telah tiba perubatan Pawang Keramat tidak memberi apa-apa kesan. Pak Jaka pun meninggal dunia. Semenjak Pak Jaka meninggal dunia, perselisihan dan pergaduhan diantara Mak Labu dan Mak Kundur selalu sahaja terjadi. Sebab utama tentulah hal anak-anak kerana mereka tinggal serumah jadi selalu sajalah mereka bertengkar.
Mak Kundur sangat benci kepada Mak Labu. Dia sentiasa sahaja mencari peluang untuk menghapuskan Mak Labu. Pada suatu hari, peluang yang ditunggu-tunggu selama ini terbuka. Apalagi hanya mereka berdua sahaja yang berada ditempat itu. Kebetulan Mak Labu sedang mengail ikan di mauara sungai. Mak Kundur datang dari arah belakang dan terus menolak Mak Labu ke dalam perigi. Oleh kerana perigi itu dalam, dia terus tenggelam dan lemas
"Mampuslah engkau!” jerit Mak Kundur dengan geramnya.
Tiga jam berlalu tetapi Melur masih belum tahu kemana emaknya pergi. Sedang dia termenung dan bersedih hati memikirkan ibunya, tiba-tiba Mak Kundur datang dari arah belakang dan memukulnya lalu Melur pun jatuh pengsan di situ juga dengan berlumuran darah keluar dari hidung dan mulutnya. Mak Kundur yang tidak menaruh belas kasihan apabila melihat Mawar pengsan itu, terus mengajak anaknya bersama-sama pergi ke rumah saudaranya.
Tidak berapa lama selepas itu, Melur tersedar dari pengsan. Dia menangis tersedu-sedu sambil memangggil-manggil nama emaknya. Puas dipanggil dan dicari namun tidak ada. Dia juga hairan kerana mak tirinya dan adiknya tirinya juga tidak ada di rumah. Siang berganti malam, masih tiada sesiapa di rumah. Melur merasa cemas tinggal keseorangan diri di rumah yang di kelilingi hutan tebal itu. Pintu rumah dikunci rapat-rapat. Setelah jauh malam akhirnya dia pun tertidur.
Dalam tidurnya dia bermimpi ibunya datang kepadanya dengan memakai telekung putih. “Anakku Melur! Mak telah mati ditolak ke dalam sungai oleh Mak Kundur semasa mak menceduk air. Mak tidak sangka dia tergamak melakukan perbuatan itu terhadap Mak.
Ingatlah anakku, kau jagalah diri mu dari hasad dengki Mak Kundur yang ganas itu. Sekarang Mak hendak pergi dahulu. Kau tinggallah baik-baik.Sebaik sahaja emaknya meminta diri, Melur pun terjaga dari tidurnya. Dia memandang sekeliling mencari-cari emaknya. Mulutnya memanggil-manggil “Mak…….Mak.”Namun tidak ada jawapan, barulah dia sedar rupanya dia bermimpi, dia menangis sekuat-kuat hatinya kerana dia pecaya segala kata-kata dalam mimipinya tadi dan tambahan pula dengan sikap Mak Kundur yang memukulnya dan meninggalkannya itu. Esoknya, pagi-pagi lagi dia pergi ke sungai tersebut. Tanpa disedari air matanya membasahi kedua belah pipinya sambil mulutnya bersuara. “Mak……..Mak.”
Sedang Bawang Merah bersedih memerhati ke dalam perigi itu, dengan kehendak Allah tiba-tiba timbullah seekor ikan kaloi. Ikan itu boleh berkata-kata:“Wahai anakku Melur. Akulah mak engkau. Mak telah mati ditolak ke dalam perigi ini oleh Mak Kundur. Engkau datanglah bermain dengan mak pada tiap-tiap hari. Bawalah makanan untuk mak sekepal nasi melukut dan sayur keladi.” Kemudian ikan itu tidak dapat berkata lagi untuk selama-lamanya. Setelah itu Melur pun pulang ke rumah. Bila sampai di rumah didapati Mak Kundur dan Mawar sudah menunggu dengan muka bengis.
“Ke mana engkau pergi?”
Mak cik, saya sedang mencari mak saya,” jawab Melur “Mak engkau sebenarnya telah mati kerana jatuh ke dalam perigi. Aku telah berusaha hendak menolongnya tetapi tidak terdaya,” jawab Mak Kundur berbohong. Melur tidak berkata apa-apa. Dia tidak percaya dengan kata-kata Mak Kundur. Dia yakin dengan mimpinya malam tadi dan percakapan ikan kaloi di perigi sebentar tadi. “Lekas pergi ke dapur dan masak untuk kami. Ingat! Mulai hari ini kami berdua menjadi permaisusri dalam rumah ini, kami tidak mahu membuat apa-apa kerja. Segala kerja seperti memasak, mencuci kain dan mengemas rumah adalah tugas engkau!” beritahu Mak Kundur dengan sombong. Melur terpaksa menurut sahaja perintah itu. Tiap-tiap hari tidak ada peluang langsung dia hendak berehat, asyik dengan membuat kerja sahaja.
Bagaimanapun pagi-pagi lagi sebelum Mak Kundur dan Mawar bangun dari tidur, dia sudah pergi ke sungai. Lalu dia bergurindam memanggil ibunya:
“Mak….Mak…..Ikan kaloi, Timbullah Melur datang, Nasi melukut sayur keladi, Untuk mak makan di pagi hari.”
Sebaik sahaja Melur bergurindam, ikan kaloi itu pun timbul lalu Melur pun memberi makan. Setelah selesai Melur pun pulang. Pada mulanya perkara itu tidak diketahui oleh sesiapa. Dua minggu selepas itu, rahsia itu pecah juga. Pagi itu Mawar bangun dari tidur terlebih awal kerana hendak membuang air kecil. Selepas buang air, dia terdengar suara orang bergurindam. Perlahan-lahan dia mengintai di sebalik semak.
“Oh, di sini rupanya si Melur datang hari-hari. Akan aku perhatikan apa yang dibuatnya disini.” bisik Mawar. Dia dapat melihat dan mendengar segala-galanya yang berlaku. Lantas dia cepat-cepat pulang dan mengadu kepada emaknya. “Oh begitukah? Nanti aku akan tangkap ikan itu!” kata mak Kundur. Segala rangkap gurindam itu dihafal oleh Mak Kundur. Pada waktu tengah hari ketika Melur sedang bekerja di rumah, Mak Kundur pergi ke sungai itu dan membawa sekepal nasi melukut dan sayur keladi. Mak Kundur pun bergurindam:
"Mak….Mak…..Ikan kaloi, Timbullah Melur datang,
Nasi melukut sayur keladi,
Untuk mak makan di pagi hari.”
- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors
KEMBANG MELUR
DISEDIAKAN OLEH : NURUL AIN KHAIRI

Pada zaman dahulu ada sepasang suami isteri yang tinggal disebuah kampung yang sangat harmoni . Si suami bernama Pak Jaka dan Si Isteri bernama Mak Labu. Kehidupan kedua suami isteri ini sangat bahagia selama 15 tahun meskipun mereka belum dikurniakan cahaya mata. Langit tidak selalu cerah, pada suatu hari Pak Jaka telah meluahkan hasrat dihatinya dengan isterinya. “Labu, aku berhajat hendak beristeri seorang lagi kerana berkehendakkan anak, walaupun sudah lama engkau menjadi isteri aku tetapi engkau tidak dapat melahirkan anak.” “Kalau bergitu niat abang, saya relalah abang berkahwin lain walaupun berat rasa hati ini,” beritahu Mak Labu terus terang. “Terima kasih atas keizinan engkau itu Labu.
Abang janji abang akan bersifat sama adil dan tidak akan pernah melukakan hatimu Labu,” janji pak Ali. Mak Labu pergi meninggalkan Pak Jaka sambal menitiskan air mata bagai kaca terhempas ke batu.
Akhirnya setelah dua minggu berlalu Pak Jaka pun membawa pulang isteri baharunya. Isteri barunya itu bernama Mak Kundur. Usianya seakan-akan sebaya dengan Mak Labu . Pak Jaka memutuskan kedua-dua isterinya tinggal sebumbung. Tepat seperti dijanjikan, Pak Jaka melayan isteri-isterinya itu seadil-adilnya. Namun begitu Mak Labu sentiasa ingat ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencocok, duri yang akan mengait dalam hidup bermadu.
Sesungguhnya rezeki Allah itu luas. Setelah setahun hidup bermadu, dengan tidak disangka-sangka Mak Labu yang disangka mandul itu mengandung empat bulan dan isteri mudanya mengandung tiga bulan. Pak Jaka melakukan sujud syukur, “Syukur kepada Allah kerana tidak lama lagi aku akan mendapat dua orang anak sekaligus,” fikirnya dalam hati. Apabila sampai masanya, kedua-dua orang isterinya itu pun melahirkan anak. Kedua-duanya anak perempuan belaka. Anak Mak Labu diberi nama Melur dan anak Mak Kundur bernama Mawar.
- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE(12)
-
COMMENT(1)
-
SHARE
-
SAVE
-
BUY THIS BOOK
(from $4.79+) -
BUY THIS BOOK
(from $4.79+) - DOWNLOAD
- LIKE (12)
- COMMENT (1)
- SHARE
- SAVE
- Report
-
BUY
-
LIKE(12)
-
COMMENT(1)
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem
COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!